FIFA akan terus  bergerak ke hadapan dalam percubaan teknologi VAR untuk mengesan ofsaid. Di mana FIFA mahu menguji sistem dengan Artificial Intelligence (AI) yang akan mengesa ofsaid separa.

FIFA yakin ini akan membantu mengesan ofsaid dengan lebih cepat. Tiga penyedia teknologi akan bergaubung dan menaikkan lagi tahap pengembangan ke tahap berikutnya pada tahun 2021.

Dan FIFA berharap ia dapat dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2022 dan digunakan di Piala Dunia Qatar.

Ofsaid daripada penilaian VAR telah menimbulkan kontroversi besar di semua liga teratas Eropah. Ada beberapa gol dibatalkan kerana pemain terlebih beberapa milimeter di depan pemain pertahanan terakhir, walaupun terdapat keraguan yang jelas mengenai kebolehpercayaan sistem tersebut.

1200 (5)

Teknologi ini akan memaparkan bingkai (frame) yang terbaik untuk mengesan ofsaid pada masa betul betul ketika hantaran dilepaskan.

VAR manual pula akan digunakan untuk mengesan situasi – misalnya, sama ada pemain berada di titik ofsaid mengganggu pandangan penjaga gol atau mempengaruhi gol.

Dan ini tidak akan mewujudkan konflik dalam keputusan VAR.

Ada kes di mana sebelum ini VAR mengambil masa sehingga 4 minit untuk menentukan ofsaid. Ia juga menjadi salah satu kelemahan VAR yang membuatkan ramai bengang dengannya.

Dengan bantuan AI, keputusan itu akan disegerakan lagi. Itu jaminan oleh syarikat pembangun  yang berpangkalan di Sweden ChyronHego yang merupakan pemimpin dalam pembangunan menggunakan sistem penjejakan optik.

Teknologi penjejakan optik mereka ini pernah menerima Anugerah Emmy.

Ujian secara offline pertama dengan pengesanan anggota badan dan teknologi pengesanan bola automatik digunakan pada Piala Dunia Kelab FIFA 2019.

Syarikat ini terus membangunkan teknologi untuk meningkatkan ketepatan titik tendangan termasuk data penjejakan dari teknologi sensor dan data video dari sistem kamera.

Selain itu postur badan pemain akan dimodelkan agar tepat pada ujung but pemain.

“Tujuannya adalah untuk mengembangkan teknologi bantuan yang serupa dengan teknologi garisan gol: Ini bukan untuk membuat keputusan, tetapi untuk memberikan bukti langsung kepada pengadil untuk mereka menilai sendiri,” kata Johannes Holzmuller, pengarah teknologi & inovasi bola sepak FIFA.

Walaupun teknologi akan memberikan gambar, VAR masih akan menentukan sama ada pemain yang betul dinilai dan mana satu pemain aktif ofsaid.

FIFA mewujudkan Kumpulan Kerja Inovasi Kecemerlangan pada tahun 2019, yang menampilkan wakil dari 13 penganjur pertandingan di seluruh dunia.

Terdapat tiga objektif utama: teknologi offside separa automatik, sistem VAR kos rendah untuk digunakan dalam liga yang tidak mampu sepenuhnya- versi gred penuh (full grade), dan komunikasi yang lebih baik kepada penonton.

Kumpulan ini juga membincangkan cara untuk meningkatkan visualisasi insiden ofsaid yang ‘nipis’ yang telah menimbulkan banyak kontroversi.

Baca juga perkembangan lain

Messi Berikan Respon Selepas Dituduh Benci Dan Jahat Dengan Griezmann

Low: Entah Apa Benda Kami Lakukan Atas Padang Tadi

Ketakutan Henry Tentang Gol Aubameyang Benar Benar Menghantui Arsenal Kini