Arsene Wenger memang dikenali sebagai idealis dan revolutionist dalam bola sepak. Terbaru, FIFA sedang mempertimbangkan cadangan peraturan ofsaid terbaru yang dicadangkan oleh Wenger.

Wenger ketika ini memegang jawatan sebagai ketua pembangunan di FIFA telah mendesak FIFA untuk mengubah beberapa peraturan ofsaid.

Menurut Wenger, beliau mencadangkan bahawa pemain tersebut dikira onside selagi lagi bahagian badan yang boleh digunakan menjaringkan gol tidak ofsaid.

Jadi, jika tangan pemain berada di hadapan kedudukan kaki pemain pertahanan lawan, maka ianya tidak dikira ofsaid kerana tangan tidak boleh digunakan untuk menjaringkan gol.

Dale Johson memeberikan contoh menerusi situasi Raheen Sterling berdasarkan peraturan Wenger / Wenger’s Law.

Tumit Raheem Sterling adalah selari dengan McGinn, bermakna pemain itu harus dikira onside walaupun anggota badannya yang lain sudah berada di hadapan. Sedangkan dalam peraturan semasa, Sterling dikira ofsaid, pada ketika tangan dia di hadapan pemain.

Dan tanpa VAR pun situasi ini akan dikira jelas ofsaid. Namun Wenger mencadangkan bahawa situasi ini akan kekal onside selagi lagi ada anggota badan yang boleh digunakan menjaringkan gol berada di belakang bahagian badan pemain lawan.

Pada Jumaat presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan FIFA sudah sedia untuk melakukan sesi ujian dan optimis bahawa ada pembaharuan akan dibuat.

Infatino berkata: “Ketika berbicara tentang peraturan ofsaid, dengan perubahan permainan, dengan kecepatan dalam permainan, dengan juga pengenalan VAR – yang membuatkan semuanya jelas ketika ada ofsaid dan ketika tidak ada.”

“Sedangkan tanpa VAR, sekiranya pengadil ragu, meraka akan membiarkannya.”

“Kami telah melihat bahawa mungkin kami dapat memikirkan undang-undang baru yang membenarkan serangan lebih banyak dalam bola sepak.

“Dan Arsene Wenger menunjukkan kepada kami hari ini bagaimana bentuknya dan jelas, secara ringkasnya, jika pemain penyerang berada di depan pemain pertahanan terakhir, atau pemain kedua terakhir, tetapi masih dengan satu bahagian badan yang dapat skor sebaris dengan pemain pertahanan.

“Oleh itu, ia memberikan pemain lebih banyak peluang dan lebih suka menyerang dalam bola sepak. Jelas sekali perubahan seperti itu perlu diuji. Kita harus melihat apa kesannya terhadap permainan ini – sama ada ianya positif, atau negatif.”

“Sekiranya positif, kita mungkin akan meneruskannya. Jika negatif, tidak akan menggunakannya.”

“Tetapi kita selalu di sini, seperti yang kita lakukan untuk VAR, terbuka terhadap idea-idea baru dan jika kita dapat menjadikan bola sepak lebih menyerang, bahkan lebih bersemangat, maka kita pasti melihatnya.

Perbinangan tersebut juga menjadi panas selepas Timo Werner dinilai sebagai ofsaid oleh VAR kerana lengannya berada di hadapan. Sedangkan lengan tak boleh digunakan untuk menjaringkan gol.

Cadangan Wenger ini mungkin akan sukar dilaksanakan terutama sekali di liga dan pertandingan yang tidak ada VAR. Buat masa ini, banyak liga di dunia yang tak mampu menngunakan teknologi VAR, contohnya liga Malaysia.

Namun untuk cadangan bahawa pemain tidak boleh ofsaid jika anggota badan yang tidak boleh digunakan untuk menjaringkan gol berada di hadapan, itu munasabah.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Mount Tambah Derita Liverpool, 5 Kekalahan Berturut Turut Di Anfield

Semedo: ‘Messi Tak Pernah Berlatih Sepakan Percuma, Ianya Terlalu Semulajadi’

Bayern Mahukan Haaland