Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres secara rasmi telah mengumumkan bahawa beliau akan menyertai kelab J1 League, Sagan Tosu FC.

Torres meninggalkan kelab asalnya, Atletico Madrid selepas menjuarai Europe League dan mencari destinasi seterusnya dengan status ‘free-agent’. Beliau ada dikaitkan dengan beberapa buah kelab dari Major League Soccer (MLS), A-League dan juga Bundesliga.

Namun, Fernando Torres dilihat lebih tertarik kepada tawaran oleh Sagan Tosu FC, sebuah kelab berpangkalan di kepulauan Kyushu, selatan Jepun walaupun kelab itu berada dikedudukan ke 17 liga dan diambang relegasi ke J2 League 2019.

 

Sagan Tosu FC menewarkan kontrak selama 18 bulan untuk Fernando Torres dengan pilihan 1 musim lagi sehingga bulan Disember 2020

“Sagan Tosu FC adalah kelab pertama yang menunjukkan minat kepada saya. Mereka telah berjaya meyakinkan saya dengan projek yang mereka akan lakukan”, kata Torres ketika sesi bersama media.

Pemain yang dilahirkan di Madrid itu turut mengakui beliau mempunyai maklumat yang minima mengenai bola sepak Jepun serta negara matahari terbit itu, namun beliau teruja untuk menghadapi cabaran baru dalam kariernya.

“Saya rasa Jepun dan bahasa Jepun akan menjadi satu pengalaman yang hebat”, ujar Torres yang berharap untuk membuat penampilan pertama bulan ini.

“Saya sentiasa diberi layanan yang baik di Asia, Sagan Tosu telah berusaha gigih dan saya cukup bersyukur.”