Nama Chanathip Songkrasin merupakan satu nama yang tidak asing lagi khususnya kepada warga bola sepak di rantau Asia Tenggara. Pemain bertubuh kecil ini berjaya menggegar saingan J League apabila menampilkan aksi cemerlang bersama Consadole Sapporo, kelab yang disertainya bermula musim 2017.

Baru-baru ini, bekas pemenang Piala Dunia dan juga UEFA Euro, Fernando Torres dalam satu temu bual bersama media dari Thailand menyatakan beliau kagum dengan kemampuan serta kebolehan yang dimiliki oleh pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya tahu Chanathip. Saya pernah berdepan dengan dia sebelum ini. Beliau adalah pemain yang hebat. Saya suka jenis pemain seperti Chanathip kerana beliau gemar beraksi di antara garisan serta memberikan bantuan yang baik kepada penyerang.

“Saya rasa penyerang Sapporo berasa seronok apabila beraksi bersama Chanathip. Saya rasa saya akan membentuk satu gandingan yang baik bersama Chanathip di bahagian serangan. Setiap kali saya menyaksikan beliau bermain, Chanathip sentiasa memberikan persembahan terbaik,” kata Fernando Torres dalam temu bual tersebut.

Torres yang pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea pada musim 2011/2012 dan Liga Europa pada musim berikutnya memutuskan untuk bersara daripada dunia bola sepak profesional dan telah menjalani perlawanan terakhir bersama Sagan pada 23 Ogos lalu ketika berdepan kelab yang diwakili bekas rakan sepasukan Torres di skuad kebangsaan Sepanyol, Andres Iniesta dan David Villa.

Fernando Torres

Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Satu perkara yang harus dianggap serius apabila seorang pemain itu mendapat pujian daripada pemain seperti Torres yang telah memenangi kejuaraan utama di dunia bola sepak. Jika Chanathip berkaya mengekalkan prestasi, tidak mustahil kelab besar J1 League seperti Kashima Antlers dan Yokohama F Marinos mahu mendapatkan khidmat pemain yang dipanggil “Messi Jay” itu.

Selain itu, tidak mustahil kelab dari Eropah juga mahu mendapatkan khidmat Chanathip. Ketika ini, hanya Kawin Thamsatchanan yang beraksi di Eropah bersama OH Leuven di Belgium.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Park Hang-seo Mahu Vietnam Lebih Berwaspada Dengan Chanathip Songkrasin

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

Tonton Aksi Chanathip Songkrasin Ketika Membantu Consadole Sapporo Tewaskan Shimizu S-Pulse

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group