Fernando Santos melabel Belgium sebagai pasukan tidak berhak menang. Dan kekalahan adalah tidak adil untuk pasukannya. Ini kerana menurut Santos, pasukannya bermain lebih baik dan menyerang lebih banyak.

Cuma yang mengecewakan adalah kegagalan mereka mencertak gol di sebalik lebih 20 percubaan yang mereka lakukan berbanding hanya enam dilakukan oleh Belgium.

Lebih menyedihkan Fernando Santos menyatakan beberapa orang pemainnya menangis di bilik persalinan kerana kekalahan tak adil itu.

Belgium menang tipis menerusi gol cantik Thorgan Hazard dari luar kotak penalti untuk menyingkirkan juara bertahan dari kejohanan.

Spain Belgium Portugal Euro 2020 Soccer
Portugal’s Cristiano Ronaldo, right, reacts as Belgium players celebrate following the Euro 2020 soccer championship round of 16 match between Belgium and Portugal at La Cartuja stadium, Seville, Spain, Sunday, June 27, 2021. (Lluis Gene/Pool Photo via AP)

Fernando Santos berkata: “Saya berpendapat, keputusan ini tidak adil. Mereka cuma ada enam percubaan dan satu sahaja tepat.”

“Kami ada 29 percubaan, kami malah tak dapat skor walaupun satu gol. Mereka [Belgium] melakukan percubaan dari kedudukan yang tidak ada apa apa.”

*Nota editor: Portugal melakukan 23 percubaan gol dalam peralwanan ini dan enam tepat.

“Kami masuk ke padang semula [separuh masa kedua] untuk bangkit dan mengubah keadaan. Pemain saya sudah melakukan yang terbaik, namun malangnya, bola tak nak masuk. Itulah bola sepak.”

“Kami sangat kecewa, kami fikir kami boleh menjuarai kejohanan ini selepas 2016. Ada beberapa pemain saya yang menangis di bilik persalinan. Namun satu Portugal harus berbangga dengan semangat juang para pemain kita pada hari ini.”

Selepas kegagalan di peringkat 16 akhir pada Euro 2020, Fernando Santos yakin Portugal akan mampu menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ini kerana menurut Santos, sebelum ini mereka tewas di peringkat yang sama dalam Piala Dunia 2018, namun mereka berjaya memenangi Piala Bangsa Eropah pada tahun berikutnya.

Santos berkata: “Pada 2018, kami tersingkir dari peringkat 16 akhir Piala Dunia. Tahun berikutnya kami menang Piala Bangsa Eropah.”

“Kami sudah tak sabar untuk cuba memenangi Piala Dunia.”

Baca juga artikel:

Euro 2020: Belgium Tunjukkan Jalan Keluar Buat Juara Bertahan

Martinez Gesa Akademi Di Belgium Tayang Aksi Lawan Portugal Sebagai Rujukan ‘Seni’ Bertahan

Bale Salahkan Pengadil Punca Kekalahan Wales