Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez akan menggantikan Diogo Luis Santo dalam skuad utama bagi saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi sidang media pada semalam dimana Diogo akan kembali ke Thailand selepas saingan Piala Malaysia berakhir sekaligus bakal meninggalkan tempat dalam skuad utama.

Fernando Rodriguez banyak terlibat dalam saingan Liga Perdana musim ini setelah berhijrah dari naib juara Piala Malaysia musim lalu, pasukan Kedah pada awal tahun.

Rodriguez berjaya mencipta 7 jaringan dalam saingan liga yang dijalankan satu pusingan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang menyebabkan Liga Malaysia berehat selama lebih lima bulan.

Beliau diturunkan pada perlawanan terakhir Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Ismail dimana beliau turut menjaringkan satu gol dalam kemenangan 5-0 JDT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Johor Darul Ta’zim di sini:

4 Syarikat Antarabangsa Berminat Jadi Penaja JDT Dan Stadium Sultan Ibrahim

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

Mat Yo Mahu Semua Pasukan Liga Malaysia Contohi JDT