Pemain import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2018 lalu, Fernando Marquez dikhabarkan masih mempunyai kontrak dengan juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim.

Marquez beraksi bersama Defensa y Justicia dalam saingan Liga Argentina musim ini dan beliau menyarung jersi JDT selama setengah musim apabila menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kedua musim 2018 bersama seorang lagi pemain dari Argentina, Fernando Elizari.

Ketika menyarung jersi JDT, Fernando Marquez membantu skuad Harimau Selatan memenangi gelaran Liga Super dengan kelebihan 23 mata di hadapan pasukan yang menamatkan saingan di tangga kedua, Perak sekaligus layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2019 lalu.

Selain itu, Marquez turut membantu JDT mara sehingga ke pusingan separuh akhir saingan Piala Malaysia. Namun, skuad kendalian Luciano Figueroa ketika itu tewas kepada Terengganu FC dengan keputusan 3-2 secara agregat. Marquez menjaringkan gol pada perlawanan separuh akhir kedua namun tidak berjaya membantu JDT untuk mara.

Secara keseluruhan, Marquez menjaringkan 12 gol sepanjang beraksi bersama kelab yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim di sini:

TMJ: Kedah Yang Ambil Tindakan Terhadap Akhyar Bukan JDT

Kedah Dan Selangor Masih Belum Setaraf Johor Darul Ta’zim

Keputusan Kes Akhyar Rashid Memihak Kepada Kedah FA

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group