Manchester United merekodkan satu lagi keputusan cemerlang selepas musim bersambung semula.

Dan terbaru, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer bangkit daripada ketinggalan untuk menang 5-2 ke atas Bournemouth.

Tumpuan pastinya ke arah Bruno Fernandes. Pemain yang diundi sebagai pemain terbaik bulanan Man United.

Namun begitu, pemain remaja United, Mason Greenwood sekali lagi mencuri perhatian.

Bournemouth terlebih dahulu di hadapan menerusi Junior Stanislas yang menewaskan Harry Maguire dengan nutmeg, seterusnya merembat masuk dari byline.

Namun United ternyata dalam mood dan prestasi terbaik ketika ini. Mereka bangkit membalas dengan 3 gol pada menuju ke rehat separuh masa.

Mason Greenwood menerima hantaran Bruno Fernandes dan menyumbat masuk bola.

Tidak lama selepas itu, United dihadiahkan sepakan penalti – yang disempurnakan Marcus Rashford.

Martial meletakkan tuan rumah 3-1 sebelum rehat dengan gol ketiga beliau.

Bersambung babak kedua, Man United dikejutkan dengan gol oleh bekas pemain mereka Joshua King daripada sepakan penalti selepas kesilapan Eric Bailly.

United tidak menoleh ke belakang lagi apabila Mason Greenwood menambah satu lagi gol pada minit ke-54.

Lima minit kemudian, Bruno Fernandes membuktikan betapa beliau dalam prestasi luar biasa. Ini apabila pemain itu menjaringkan gol kelima United menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Ia juga gol kelima Fernandes musim ini.

Kemenangan ini melonjakkan Man United ke empat teratas sekurang kurangnya untuk 3 jam sebelum aksi antara Chelsea berdepan dengan Watford.