Bruno Fernandes meminta agar semua pemain Man United merasa bertanggungjawab untuk setiap bolos yang mereka lepaskan, walaupun beliau dilihat bengang dengan rakan sepasukannya Victor Lindelof – di atas padang.

Ini gara gara kesilapan Lindelof telah memberikan peluang kepada Luuk de Jong menjaringkan gol kemenangan di separuh akhir UEL – dalam aksi berlangsung di Cologne.

Fernandes yang ‘panas’ telah pergi mengkonfrontasi Lindelof kerana pemain itu dilihat hilang fokus ketika bertahan dalam kotak penalti dan langsung tak sedar akan ada pemain lawan di belakangnya.

Tetepi secara keseluruhan Bruno Fernandes menegaskan mereka semua bertanggungjawab di atas gol tersebut yang terlalu mudah untuk dilepaskan oleh United.

“Saya berpendapat, apabila kita dibolosi, ianya adalah salah semua, bermula dari hadapan [pemain serangan].”

Lindelof

“Kita tak boleh melepaskan gol bermula dari lontaran ke dalam pada separuh masa pertama. Kita perlu menekan lawan dengan lebih baik. Kita tak boleh biarkan mereka menyerang dengan terlalu mudah.”

“Selepas itu kesilapan demi kesilapan hadir. Kami semua marah ketika dibolosi, namun kesalahan adalah di bahu semua. Bukan dari seorang pemain sahaja yang harus memikulnya, tetapi semua – satu pasukan.”

“Ianya bukan berkaitan dengan saya dan Victor, ia tentang segalanya. Tidak ada apa pun berlaku antara kami.”

“Ianya normal dalam bola sepak. Itu boleh berlaku, itu adalah cara kita saling menjaga antara satu sama lain.”

“Perkara ini pun berlaku kepada banyak pasukan lain. Paling penting sekarang adalah melihat kembali kesilapan yang kita dah lakukan dan sedia untuk maju ke depan memperbaiki diri kita dalam perlawanan seterusnya.”

Seterusnya Fernandes senada dengan Solskjaer, bahawa mereka bermain baik namun agak tumpul di bahagian serangan.

“Kami bermain baik sekali. Kami mencipta banyak sekali peluang, dan kami harus sudahkannya.”

“Kami perlukan banyak gol. Tidak cukup kalau sekadar mencipta banyak peluang tetapi tidak disudahkan.”

“Semua pemain sedih kerana kami datang untuk menang, nak beraksi di final, tetapi itu tak berlaku.”

Fernandes dan United mengakhiri musim ini tanpa piala. Dan ini musim ketiga United tidak memenangi sebarang piala major.

“Ini tak cukup kerana kita bermain untuk Manchester United untuk memenangi sesuatu [trofi] dan musim ini saya tak menang apa apa. Bagi saya, tak cukup. Saya kena buat lebih lagi.”

Baca juga perkembangan lain

Solskjaer: Kami Patut Dapat Satu Lagi Penalti

Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Tactical Error’ Dan Ketumpulan City Memakan Diri

UCL: Lyon Hantar City Pulang