Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pertahanan tengah Manchester United, Rio Ferdinand berpendapat bahawa pemain sayap yang memiliki kepantasan larian, Daniel James tidak mencapai standard sewaktu menyarung jersi The Red Devils.

Menyertai Manchester United pada musim 2019/20, James telah membuat 74 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai dan berjaya menjaringkan sembilan gol serta mencipta sembilan bantuan jaringan.

Bagaimanapun jodohnya bersama kelab tersebut tidak bertahan lama selepas James sah bergelar pemain baharu Leeds United dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta.

Mengulas mengenai pemain yang begitu meminati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei itu, Ferdinand merasakan Manchester United bukanlah pasukan yang sesuai dengan corak permainan James.

Daniel James memperkuatkan Leeds United musim ini. Kredit Foto: Facebook Daniel James.

“Mereka [Leeds United] sudah lama menyukainya, mereka sudah lama menginginkan khidmat James.”

“Dengar sini, Dan [Daniel] James, saya tidak merasakan dia mempunyai standard buat Manchester United, tetapi dia pastinya mempunyai standard dalam Liga Perdana Inggeris dan cara Leeds United bermain, dia akan banyak memberikan masalah buat pasukan lawan.”

“Ketika anda perlu bermain seperti Manchester United, itu tidak sesuai dengan permainan James kerana dia lebih suka membuka ruang. Leeds United bersama Daniel James akan menjadi langkah hebat bagi kedua-dua pihak.”

“Pemain ini di pasukan tersebut akan mendapatkan bola dan menyerang dengan pantas, dan itu cukup sesuai dengan corak permainannya,” ujar Ferdinand menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Sudah Atasi ‘Masa Sukar’, Thiago Kini Lebih Yakin Untuk Bantu Liverpool

Roberto Mancini: Mario Balotelli Telah Mengecewakan Semua Orang

Ifedayo Dedikasi Pencapaian Hebat Buat Rakan Sepasukan, Penyokong Selangor

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group