Rio Ferdinand menyatakan dia sendiri hilang kata kata dan berasa sedih dengan apa yang berlaku kepada Donny Van De Beek. Menurut Ferdinand, Van De Beek tidak diberikan masa secukupnya untuk membuktikan dirinya. Dan Rio masih percaya pemain itu mampu memberikan sesuatu kepada pasukan.

Pemain kebangsaan Belanda, berusia 23 tahun itu dibeli dengan nilai £40 juta dari Ajax. Dan hanya bermain 63 minit sahaja pada tahun ini. Beliau disisihkan dalam 20 perlawanan musim ini.

Ferdinand mempersoalkan tindakan Ole Gunnar Solskjaer. Beliau yakin pemain itu tak akan ke Man United jika tahu dia tiada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer. Sebelum ini Ole mengakui dia sendiri bercakap dengan pemain itu, memujuknya untuk datang ke Old Trafford.

Ferdinand berkata: “Saya tumpang sedih dengan beliau. Saya tidak kisah siapa kamu, jika kamu hanya diberikan 2 minit pada perlawanan ini, dan 3 minit dalam perlawanan itu, kamu tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar kami. Saya tak kisah pun kamu pemain tahap mana.”

“Saya berpendapat pasukan tidak membantunya dari segi pemilihan pasukan dan peluang. Dan saya rasa tidak adil untuk melabel dia dalam prestasi buruk, kerana dia memang tidak berpeluang untuk memberikan persembahan terbaik secara konsisten.”

“Saya merasa simpati kepadanya, dan pasti dia tidak akan ke sini kalau dia tahu akan jadi begini.”

Van de Beek tiba di Old Trafford dengan membawa status sebagai pemain penting negaranya dan membantu Ajax dalam kempen UCL pada 2019 sehingga ke separuh akhir.

Ketika musim terakhirnya di Ajax, Van de Beek menjaringkan 10 gol dan 11 assist.

Dan di United, beliau hanya bermain 27 kali. Bergelut mahu mendapatkan tempat di kesebelasan utama. Terutama sekali persaingan beliau ialah Bruno Fernandes dan Paul Pogba.

Lebih sedih, Van De Beek malah bukan pilihan kedua dalam beberapa perlawanan, jika Pogba atau Bruno tidak bermain. Beliau di belakang pemain seperti Fred ataupun McTominay.

Ferdinand masih yakin kualiti Van De Beek. Kerana menurutnya pemain itu seorang yang cerdas.

van de beek

“Saya menyaksikannya banyak aksi beliau di Liga Juara-Juara pada tahun Ajax berjaya ke separuh akhir.”

“Dia begitu mengagumkan menerusi cara dia menyusup ke dalam kotak penalti, cara dia bermain lebih ke bawah, dan cara dia mengekalkan penguasaan bola, dan mengekalkan rentak permainan.”

“Saya rasa dia pasti akan memberi nilai tambah kepada pasukan ini. Dia adalah seseorang yang akan mencipta gol, dia memainkan peranan dalam gol (vs Leicester). Apabila dia masuk ke dalam kotak, dia tahu bagaimana untuk memasukkan bola ke dalam gawang.”

“Tetapi untuk masuk ke dalam kotak, dia harus bermain di posisi di mana Bruno Fernandes sedang bermain dan dia tidak akan mampu melakukannya [menyisihkan Bruno dari pasukan utama]. Bolehkah dia melakukannya dari kedudukan No 8 atau No 6 ketika bermain sebagai pemain tengah defensif? Saya rasa dia boleh. Dia cukup pintar.”

“Pemain Ajax dibesarkan untuk menjadi pemain bola sepak yang cerdas, mereka dapat bermain di beberapa posisi, dia pasti dapat melakukannya. Jelas sekali United mahu kawasan tengah yang lebih stabil di belakang Bruno.

“Saya faham, memandangkan pemain posisi itu harus melindungi bahagian bek tengah dan itu bukannya salah satu kekuatan Van de Beek.”

“Dan semua ini akan mencetuskan persoalan: Kenapa kita beli dia?”

Baca juga perkembangan lain

Turki Kejutkan Belanda 4-2, Burak Yilmaz Hatrik

Mino Raiola Buat Perangai Lagi, AC Milan Mulakan Pencarian Penjaga Gol Baharu

Bale Sertai Spurs Hanya Untuk Kecergasan Sahaja, Membuatkan Penyokong Terguris Mendengarnya