Dalam satu kemaskini terbaru oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Bibi Ramjani, menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menamatkan kontrak secara baik.

“Perbincangan Ferdinand sedia berundur..terima kasih ferdinand atas khidmat bersama Kelantan FA”

 

Robert Albert Masih Mahukan Ferdinand Sinaga Di PSM Makassar

Melalui satu artikel Tribun News bertarikh 20 Februari 2018, ketua jurulatih PSM Makassar, Robert Albert masih mempunyai 2 kuota pemain untuk didaftarkan bersama pasukan untuk musim 2018 ini.

Dalam satu temubual, Robert Albert mengeluarkan komen yang mengejutkan semua, dimana beliau masih berharap Ferdinand mampu kembali bersama pasukan dengan nada serius.

“Ferdinand saya dengar-dengar dia kurang bersinar di Kelantan FA. Jadi mungkin saya akan memberi satu tempat kepadanya di tim ini,” ujar Robert.

Ferdinand memang adalah salah satu pemain yang cukup produktif di tim PSM musim lalu.Rekod musim lalu, Ferdinand muncul sebagao penjaring terbanyak pasukan PSM Makassar dengan jumlah 12 gol dijaringkan.

Sumber