Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Turki, Fenerbahce melengkapkan perpindahan pemain pertahanan tinggi lampai Korea Selatan, Kim Min-jae dari kelab Liga Super China (CSL), Beijing Guoan.

Min-jae sebelum ini menarik perhatian beberapa kelab besar Eropah terutamanya dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana Tottenham Hotspur dan Everton dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Namun, tiada perbincangan yang dilakukan oleh kedua-dua kelab dengan pihak Min-jae sekaligus membolehkan Fenerbahce melakukan rundingan sekaligus berjaya meyakinkan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 itu.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Fenerbahce dan menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas musim ini selain Mbwana Samatta dan Burak Kapacak.

Kim Min-jae mencipta nama bersama kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors sebelum berhijrah ke Beijing pada 2019. Beliau pernah terpalit dengan kontroversi dimana pernah mengkritik gaya permainan rakan sepasukan dalam satu wawancara.

Di Fenerbahce, beliau akan berada dalam satu pasukan bersama bintang baharu pasukan, Mesut Ozil yang sebelum ini beraksi bersama Arsenal.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Dato’ Ab Ghani Dipilih Gantikan Datuk Haji Hamidin Sebagai Presiden Baharu MFL

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu

Presiden Sebuah Kelab Thai League 2 Rupanya ‘Tokan’ Dadah, Aset Bernilai Lebih RM19 Juta Dirampas

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group