Felda United mengesahkan juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim berminat untuk menandatangani pemain tengah skuad B-23 tahun negara, Danial Amier Norhisham sebagai persediaan untuk menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung FELDA United, Afizal Abu Othman dimana pihak pengurusan dikhabarkan telah menetapkan tanda harga sebesar RM1 Juta untuk mana-mana pasukan yang mahu menandatangani khidmat Daniel.

Afizal Abu Othman
Sumber Gambar: Stadium Astro

Faizal berkata: Sekarang memang kami menerima tawaran daripada pihak JDT. Jadi mereka perlu berbincang dengan kami. Hasil perbincangan itu, jika bersetuju, baguslah. Kami juga mahu sesuatu yang adil untuk FELDA. Dia sudah tiga atau empat tahun bersama kami dan dia dijaga sejak daripada skuad pembangunan lagi.

Aksi Daniel dalam saingan Liga Super musim ini sedikit terganggu apabila beliau kerap mengalami kecederaan sekaligus memaksa pemain berusia 22 tahun ini untuk berehat panjang dan hanya membuat enam penampilan sepanjang musim.

Daniel Amier
Aksi Daniel ketika bersama Felda United.
Sumber Gambar: Stadium Astro

Pada masa yang sama, Daniel Amier menegaskan kini beliau mahu membantu Felda United dalam saingan Piala Malaysia namun tidak menutup pintu sekiranya pasukan dari selatan tanah air itu mahu mendapatkan khidmat beliau.

Daniel berkata: Itu (tanda harga) saya letakkan kepada pengurusan untuk uruskan. Harga adalah hak mereka untuk tetapkan dan saya sebagai pemain bersyukur dan gembira kerana JDT berminat dengan saya. Buat masa sekarang, saya fokus dengan FELDA dan jika ada rezeki ke JDT, Alhamdulillah.