Felda United berpuas hati dengan cara serta bantuan yang diberikan Malaysian Football League (MFL) kepada mereka setakat ini dan berharap akan lebih banyak perubahan positif dicapai pada Mesyuarat Tahunan Rakan Kongsi Liga ketiga, Sabtu ini.

Menurut Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, beliau juga mahu melihat lebih banyak penyelarasan antara MFL dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas ini bagi memudahkan gerak kerja yang sedang dilakukan terutama dalam Next50 Strategic Blueprint MFL selain Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM, F:30.

Abu Afizal

Afizal Abu Othman. Sumber Gambar: MFL

“Menjelang Mesyuarat Tahunan, kita selaku pemegang taruh harap MFL akan kekalkan apa yang telah lakukan. Apa paling penting, gerak kerja yang dilakukan sebelum ini tidak terjejas tetapi memudahkan lagi kedua-dua pihak iaitu FAM dan MFL berganding bahu membantu semua persatuan termasuk kelab seperti dalam isu pelesenan serta pengukuhan pengurusan tiap pasukan.

“Selepas ini, MFL juga saya harapkan akan lebih kerap berhubung dalam membantu kebanyakan pasukan dalam soal penjanaan kewangan yang sentiasa menjadi isu kritikal kepada kebanyakan pasukan.

“MFL banyak membantu Felda sejak saya memegang jawatan ini seperti penjelasan hak penyiaran dan kami mahu ucapkan terima kasih di atas segala pertolongan diberikan terutama menerusi Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MFL) dan Shazli Shaik Mohd (Ketua Pegawai Operasi MFL), ” katanya.

Afizal Abu Othman

Afizal Abu Othman. Sumber Gambar: Stadium Astro

Dalam masa sama, Afizal menjelaskan MFL begitu serius dan komited membantu pihak Felda United terutama dalam soal pemasaran memandangkan pihaknya mahu berdiri atas kaki sendiri mulai musim depan terutama dalam soal penjanaan kewangan.

“ MFL terutama menerusi Kevin dan Shazli ada memberi jalan serta pandangan bagaimana kami boleh menjana kewangan dengan menggunakan kekuatan seluruh komuniti di Felda.

“Melalui kerjasama dengan MFL dan syarikat swasta yang akan membangunkan padang bola sepak, kami sudah mendapat idea bagaimana meraih seberapa banyak pendapatan melalui cara ini untuk tujuan perbelanjaan FUFC.

“Kerjasama sebegini jika berterusan, saya begitu optimis apa sahaja MFL yang sedang lakukan ini mampu membantu pasukan lain, bukan sekadar Felda terutama dalam isu teknikal dan pemasaran Liga Malaysia bagi menaikkan lagi keseluruhan imej Liga Malaysia, ” katanya.

Baca artikel lain mengenai usaha MFL memantapkan lagi saingan Liga Malaysia di sini:

MFL Dan EVC Akan Umumkan Pakej Hak Penyiaran Dalam Masa Terdekat

MFL Bantu KAFA Selesaikan Sebahagian Tunggakan Gaji Pemain

MFL Berusaha Keras Selesaikan Bayaran Hak Penyiaran

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group