Skuad The Fighters melakar kejutan apabila muncul sebagai juara Piala Edy Rahmayadi 2020 selepas menewaskan kelab dari Kemboja, Boeung Ket FC, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Teladan, Medan, Indonesia malam tadi.

Jaringan tunggal daripada bekas penyerang import Negeri Sembilan, Nicholas Velez pada minit ke 47 sudah cukup untuk memastikan anak buah Nidzam Jamil membawa pulang trofi kejuaraan sekaligus meningkatkan moral mereka menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Sebelum melangkah ke perlawanan akhir, Felda United telah menewaskan tuan rumah, PSMS Medan, 2-1 hasil jaringan daripada Nicholas Velez dan Akhmar Haiqal.

Satu lagi wakil negara, Pulau Pinang raih tempat ketiga dalam kejohanan itu apabila tewas 2-3 kepada Boeung Ket FC dan kemudian mencatat kemenangan ke atas PSMS Medan melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

ūüŹü | KEPUTUSAN PENUH | Boeung Ket FC [ 0 – 1 ]Felda United FC ūüĒī Jasazrin Jamaludin‚öĹ Nicolas Velez . ūüŹÜFelda United…

Posted by FELDA UNITED FC on Saturday, 18 January 2020

Pengendali The Fighters, Nidzam Jamil menyifatkan kejohanan empat hari yang bermula sejak 16 Januari itu telah membantu meningkatkan prestasi pemainnya sebelum menghadapi perlawanan Liga Malaysia yang akan bermula pada bulan depan.

Kejohanan ini menjadi medan terbaik buat semua pemain terutama pemain muda yang kali pertama beraksi di Liga M musim ini.

“Keputusan perlawanan penting tetapi fokus utama saya ialah untuk melihat tahap persediaan pemain dari segi mental dan fizikal kerana mereka bertemu kelab terbaik di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Gara-Gara ‘Leak’ LOTTO Malaysia Nafi Mahu Tarik Penajaan Kedah FA, Serah Bukti Kepada Peguam Untuk Tindakan

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Lukas Podolski Lawat Fasiliti Pasukan Johor Darul Ta’zim, Kevin Ramalingam Turut Kelihatan Di Meja Perbincangan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group