Pemain tengah juara Thai League 1 2019, Chiangrai United dilaporkan oleh sudah mula mendapat perhatian dari kelab J1 League untuk diperhatikan dengan lebih dekat lagi kemampuan sebelum menyertai kelab itu.

Mengikut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh portal ThaiRath hari ini, menyatakan bahawa ejen Sivakorn Tiatrakul memberitahu bahawa kelab FC Tokyo berminat untuk membawa pemain itu menjalani sesi pemilihan pada bulan Januari 2020 nanti.

Aksi pemain Thailand dalam saingan J.League terutama bersama pasukan FC Tokyo bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini sudah ada pemain-pemain muda yang dipinjamkan dari kelab Thailand dan terkini, Nattawut Suksum kini beraksi untuk pasukan FC Tokyo U23 yang dipinjam dari pasukan Bangkok United.

Sivakorn Tiatrakul yang berusia 25 tahun mendapat perhatian kelab FC Tokyo apabila berjaya membantu skuad Chiangrai United menjuarai Thai League 1 sekaligus memecahkan dominasi 2 pasukan utama sebelum ini iaitu Muangthong United dan Buriram United.

Screenshot 2019-10-29 at 8.12.21 PM

Awal musim ini, Sivakorn Tiatrakul telah turun beraksi menentang pasukan Sanfrecce Hiroshima dalam saingan play-off AFC Champions League namun Chiangrai United tewas dengan keputusan 3-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0.

Berdasarkan rekod rasmi yang dikeluarkan oleh Thai League di laman web rasmi mereka, Sivakorn Tiatrakul merupakan penjaring gol ke-4 paling banyak untuk Chiangrai United dari 28 penampilan liga musim 2019.

Baca juga artikel lain seperti dibawah yang telah kami sediakan untuk anda. Mungkin tidak terdapat ditempat lain.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

Kelab Thai League 1, Ratchaburi Mitr Phol Lantik Jurulatih Wanita Hadapi Saingan Musim 2020

Sumber