Khabar gembira datang dari bumi Denmark apabila FC Midtylland mengesahkan pemain kacukan negara, Johan Dion Cools dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh pihak kelab menerusi satu kenyataan media dimana Johan menjadi salah satu daripada 16 pemain yang dipanggil bagi mewakili pasukan negara dalam perlawanan kelayakan ataupun perlawanan persahabatan.

Johan Dion Cools
Johan Dion Cools
Johan Dion Cools
Johan Dion Cools

“Dion Cools telah dipanggil bagi beraksi bersama Malaysia buat kali pertama dalam karier beliau. Johan membuat sebanyak 28 penampilan bersama pasukan muda Belgium namun ibunya yang berasal dari Malaysia membolehkan beliau beraksi bersama pasukan kebangsaan tersebut.

“Dion akan membantu Malaysia menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Sebelum ini, terdapat persoalan sama ada Johan Dion Cools akan memilih Belgium atau Malaysia sebagai negara yang akan diwakilinya di pentas antarabangsa.

Kini, perkara tersebut boleh dilupakan dan peminat boleh melihat Johan beraksi sekaligus merebut tempat dalam kesebelasan utama bersama pertahanan kanan sedia ada seperti Matthew Davies dan Rizal Ghazali.

KEMASKINI: FC Midtjylland telah memadam nama Dion Cools dalam kenyataan yang dikeluarkan

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

TCH: “Barisan Jurulatih Masih Belum Berpuas Hati Dengan Cara Permainan, Belum Sampai Tahap Terbaik.”

UAE Beri Amaran Awal, Belasah Jordan 5-1 Dalam Perlawanan Persahabatan

Samuel Somerville: Satu Penghormatan Dipanggil Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan