FC Midtjylland membuka tirai saingan UEFA Europa League (UEL) musim 2021/2022 dengan keputusan seri ketika turun menentang kelab Bulgaria, Ludogorets Razgrad.

Midtjylland mahu memulakan saingan dengan kemenangan setelah gagal untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini apabila tewas kepada kelab Eredivisie, PSV Eindhoven pada perlawanan peringkat play-off.

Pada aksi yang berlangsung di MCH Arena, Midtjylland terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Gustav Isaksen seawal minit ke-3.

Kiril Despodov kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 dan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberikan satu mata kepada kedua-dua pasukan.

Pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools memulakan aksi dari bangku simpanan dan kemudiannya dimasukkan pada minit ke-85 bagi menggantikan Paulinho.

Pada perlawanan selepas ini, FC Midtjylland akan turun menentang kelab Portugal, SC Braga pada 1 Oktober nanti.

Baca artikel lain mengenai mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Piala Malaysia 2021 Janjikan Saingan Sengit

Peminat Gesa Tan Cheng Hoe Panggil Daniel Ting Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Owen Teo Dapat Tawaran Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan China