Perubahan terus berlaku dalam kem skuad kebangsaan apabila pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA), Fayadh Zulkifli Amin dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Perkara ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana Fayadh menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid yang dilaporkan tidak dapat menyertai kem latihan pusat kerana mengalami kecederaan.

Fayadh merupakan pemain yang sentiasa digunakan sebagai super sub oleh Kedah dalam saingan Liga Super dimana beliau telah membuat 17 penampilan sebagai pemain gantian.

Dalam saingan Liga Super, Fayadh Zulkifli Amin mencatat empat jaringan dan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin menganggap pemain berusia 22 tahun itu sebagai senjata rahsianya.

Sebelum ini, dua pemain iaitu Muhammad Ariff Farhan Md Isa dan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni dipanggil bagi menggantikan Syahmi Safari, pemain Selangor dan Dion-Johan Cools, pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland yang disahkan tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana kecederaan.

Arif Farhan, Shahrul Nizam dan Fayadh Zulkifli melengkapkan senarai 24 pemain Harimau Malaya yang dipanggil untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Oktober 2021 dan Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya berlangsung di Amman, Jordan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Tampilkan Prestasi Cemerlang, Kontrak Natanael Siringoringo Bakal Disambung

Sarawak United Tak Sangka Boleh Menang Lawan Sri Pahang

Syahmi Safari Dan Dion Cools Cedera, FAM Panggil Dua Pemain Baharu