Persatuan Bola Sepak Thailand hari ini telah mengumumkan secara rasmi bahawa perlawanan ke 25 liga pada tarikh 21 Ogos 2019 akan ditangguhkan dan akan dilangsungkan 2 Oktober 2019. Manakala perlawanan ke 26 pada 24 dan 25 Ogos 2019 tiada sebarang perubahan.

Keputusan itu telah dibuat selepas ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand yang baru sahaja dilantik, Akira Nishino mahu para pemain mempunyai lebih masa untuk melakukan ‘conditioning‘ sebelum menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

1107161

Menurut laporan SiamSports, Akira Nishino cuba menerapkan konsep baharu dalam persekitaran bola sepak Thailand yang mungkin sukar untuk diterima oleh pemain, kelab mahupun penyokong sendiri.

Konsep “Happiness, Freshness, Mind & Body” cuba diperkenalkan oleh Akira Nishino, dimana menjelang hari melaporkan diri ke kem latihan skuad kebangsaan beliau tidak mahu pemain beraksi dalam frekuensi yang tinggi.

Akira Nishino mahu pemain yang dipanggil nanti dalam keadaan gembira, segar dan tenang tanpa sebarang tekanan.

67234311_2568751236522900_4833383575887806464_o

“Nishino meminta kerjasama dari semua kelab mengenai penangguhan perlawanan ke 25 pada 21 Ogos 2019, dimana perlawanan tersebut akan berlangsung pada hari biasa, bagi mengurangkan frekuensi aksi pemain. Perlawanan pada hujung minggu masih diteruskan bagi menjaga kecergasan pemain.”

Dalam perbincangan yang berlangsung selama 2 jam 30 minit itu, wakil dari kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1 dan juga Thai League 2 hadir dan dilaporkan bersetuju untuk memberikan kerjasama penuh kepada Akira Nishino untuk mempersiapkan pasukan menghadapi perlawanan pertama Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 & Piala Asia China 2023 bertemu Vietnam 5 September nanti.

1107159

Pemain-pemain yang tersenarai dalam latihan pusat skuad kebangsaan Thailand perlu melaporkan diri pada 26 & 27 Ogos 2019, 2 hari selepas tamat perlawanan ke 26 liga.

Sumber