Pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) hari ini secara rasmi telah menghantar surat kepada pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), untuk menuntut penjelasan mengenai isu pengadil dalam perlawanan AFC U23 2020 diantara Thailand dan Arab Saudi yang berlangsung semalam.

Dalam perlawanan suku akhir itu, pasukan bimbingan Akira Nishino tewas 1-0 hasil sepakan penalti kontroversi pada minit ke 77 selepas pengadil perlawanan menggunakan keputusan VAR yang dilihat tidak menggambarkan dengan jelas pemberian sepakan penalti itu.

Pengadil perlawanan dari Oman, Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf yang asalnya hanya memberikan sepakan bebas berdekatan dengan kotak penalti, mengubah fikirannya dan memberikan sepakan penalti, dan ini telah telah menyebabkan semua pihak terkejut kerana VAR tidak menyediakan visual yang memaparkan penjelasan kukuh keputusan itu.

82641248_2945108585553828_258671492097638400_o

Berdasarkan kemaskini laman web rasmi FAT, mereka sebenarnya bukan mahu melakukan satu protes, cuma mahu mendapatkan penjelasan mengenai 3 perkara seperti dibawah;

  1. Semak keputusan yang dilakukan oleh pengadil dalam perlawanan/situasi yang meragukan. Dalam kes ini, pengadil telah melayangkan banyak kad kuning kepada pemain-pemain Thailand tetapi tidak memberikan hukuman yang sama kepada pemain Arab Saudi.
  2. Kesesuaian dalam memeiih pegawai perlawanan dari wilayah yang sama dengan pasukan yang turun beraksi. Dalam kes ini, pengadil Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf adalah warga Oman dan pasukan yang beraksi menentang Thailand semalam adalah Arab Saudi.
  3. Menuntut penjelasan prosedur pengadil berkaitan dengan masa untuk mengambil kira keputusan VAR dalam kes penalti semalam. Adakah ia mengikut peraturan yang ditetapkan atau pun tidak.

82519291_2945109018887118_3366587136894566400_o

Dalam pada itu, pihak FAT mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang terus memberikan semangat kepada skuad Thailand U23 semasa berlangsungnya kejohanan AFC U23 2020 ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

VAR Sekat Kemaraan Thailand Kejar Slot Sukan Olimpik Tokyo 2020, Laungan Penonton Maki Pengadil Jelas Kedengaran

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United

SCG Muangthong United Ujian Pertama Buat Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Tan Bakal Berentap Dengan Buriram United