Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menyasarkan pemain berusia 18 tahun yang berpangkalan di Jerman, Marcel Sieghart sebagai pengganti kepada penyerang prolifik pasukan, Teerasil Dangda.

Sieghart merupakan pemain kacukan Thailand-Jerman dan beliau pernah beraksi bersama beberapa pasukan akademi terkenal di Jerman seperti Bayern Munich B-16 dan B-15 serta akademi TSV 1860 München.

Marcel Sieghart
Sumber Gambar: BolaSkor.com

Sebelum ini, FAT cuba untuk membawa Sieghart beraksi bersama skuad B-19 tahun Thailand bagi memberi gambaran kepada pemain itu mengenai bola sepak skuad Gajah Perang.

Usaha tersebut dilakukan setelah timbul kerisauan mengenai jentera serangan Thailand yang dilihat kekurangan penyerang yang mempunyai kualiti.

Menurut laporan media di Jerman, Sieghart mempunyai gaya permainan seperti bekas penyerang Bayern Munich, Miroslav Klose, berbahaya di udara dan mempunyai fizikal yanga baik.

FAT mahu memujuk Marcel Sieghart untuk beraksi bagi skuad kebangsaan Thailand dengan menggunakan abangnya iaitu Alexander yang beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama Bangkok United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand di sini:

Buriram United Tertarik Datangkan Daniel Sturridge, Tawarkan Gaji Tinggi

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan