Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bercadang untuk memanggil pemain kacukan yang berpangkalan di luar negara bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

Perkara ini timbul setelah FAT meminta bantuan Salvador Balero Garcia untuk mengumpulkan data pemain kacukan yang beraksi di luar negara.

Setelah mengenal pasti pemain yang sesuai, maka proses seterusnya ialah membawa pemain itu bagi menghadapi ujian daripada ketua jurulatih pasukan, Akira Nishino.

FAT

Sumber Gambar: BolaSkor.com

Antara pemain kacukan Thailand yang beraksi di luar negara khususnya Eropah ialah Marcel Sieghart, penyerang yang pernah menyarung jersi akademi Bayern Munich dalam saingan Bundesliga.

Selain itu, ada pemain lain seperti Thanawat Suengchittawon yang ketika ini beraksi bersama skuad pambangunan AS Nancy dalam saingan Ligue 2 Perancis serta Eric Kahl yang baru sahaja membuat penampilan bersama AIK Fotboll di Sweden.

FAT

Eric Kahl

Tindakan FAT ini dilihat sebagai alternatif ekoran tidak dapat menggunakan khidmat pemain utama yang beraksi dalam saingan J. League musim ini.

Pemain seperti Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, Theerathon Bunmathan dan Kawin Thamsatchanan dilihat tidak akan mendapat pelepaaan daripada kelab masing-masing untuk beraksi di kejohanan Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

Baca artikel lain mengenai pemain dan pasukan kebangsaan Thailand di sini:

FAT Mahu Hantar Skuad Terbaik Ke Saingan Piala AFF Suzuki 2020

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda

Chanathip Sasar Beraksi Di Eropah, Mahu Buka “Jalan” Untuk Pemain Muda Thailand

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group