Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mahu menghantar skuad terbaik bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

Setiausaha Agung FAT, Parit Suphaphong berkata meskipun perlawanan Piala AFF bertembung dengan saingan Thai League, namun perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada Akira Nishino untuk mengumpulkan pemain terbaik.

FAT
Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Changsuek

“Jadual rasmi bagi saingan Piala AFF belum dikeluarkan. Jika kejohanan diteruskan, maka perlawanan peringkat kumpulan akan bertembung dengan saingan Thai League.

“Akan tetapi, peringkat kalah mati tidak akan bertembung dengan saingan liga. Ini adalah waktu liga sedang berehat. Jadi Nishino boleh memanggil pemain terbaik,” kata Parit Suphaphong.

Tindakan FAT ini dilihat sebagai langkah tidak mahu memberi laluan terhadap dua pasukan pilihan iaitu Malaysia dan juga Vietnam untuk menjuarai kejohanan edisi kali ini.

FAT
Sumber Gambar: Changsuek

Meskipun FAT mahu menghantar skuad terbaik, namun mereka dijangka tidak dapat menggunakan khidmat empat pemain yang beraksi dalam saingan J. League musim ini.

Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, Theerathon Bunmathan dan Kawin Thamsatchanan merupakan empat pemain Thailand yang berpangkalan di Jepun dan mereka dijangka bakal terlepas saingan edisi 2020.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

FA Thailand Sasar Kedudukan Top 100 FIFA Ranking Jika Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Media Thailand Tidak Yakin “The Elephants War” Mampu Juarai Piala AFF

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda