Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi bayangan saingan Thai League 1 mungkin disambung semula sebelum bulan September.

Sebelum ini, semua pasukan yang bertanding bersetuju untuk menyambung saingan liga pada September. Namun, langkah yang diambil kerajaan tempatan baru-baru ini memberi harapan baharu kepada FAT.

Kerajaan Thailand telah menamatkan perintah berkurung secara berperingkat dan masyarakat kini boleh menjalani aktiviti sukan seperti berbasikal dan bermain golf.

FAT
Presiden FAT, Somyot Poompunmuang. (Dok. FAT).

Menurut Presiden FAT, Somyot Phumpanmuang, jika aktiviti sukan boleh dijalankan, maka beliau akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan sama ada pasukan mahu menyambung liga sebelum bulan September.

Tambah Somyot, Thai League tidak boleh mengikut jejak langkah Korea Selatan yang sudah memulakan saingan liga domestik kerana setiap negara mempunyai masalah yang berbeza.

FAT
Dominic Tan antara pemain Malaysia yang beraksi di Thailand. Sumber Gambar: Twitter Harimau Abroad

“Setiap negara menghadapi masalah yang berbeza. Jika kami mahu menyambung semula saingan liga, kami perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan,” kata Somyot.

Setelah empat minggu perlawanan berlangsung, FAT menghentikan semua saingan liga ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Bangkok United dan Ratchaburi berkongsi kedudukan pertama dengan kutipan 12 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League di sini:

Pasukan Liga Malaysia Mahu Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan