Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) berdepan kesukaran bagi mempersiapkan perancangan untuk skuad kebangsaan apabila ketua jurulatih, Akira Nishino masih lagi berada di Jepun.

Sebelum ini, Nishino pulang ke Jepun dan berhasrat untuk kembali ke Thailand pada bulan ini, namun beliau gagal mencari penerbangan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Setiausaha Agung FAT, Parit Suphaphong berkata pihaknya bertungkus-lumus untuk membawa pulang Nishino bagi memastikan jurulatih itu mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan pasukan.

Akira

Sumber Gambar: PFAM

Nishino sendiri perlu memastikan beliau berada dalam keadaan bebas virus COVID-19 sebelum menaiki penerbangan ke Thailand. Malah, FAT dikhabarkan sanggup untuk mengeluarkan dana sebesar $120 Ribu atau RM500 Ribu bagi mendapatkan bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun itu insuran COVID-19.

Setibanya Akira Nishino di Thailand, beliau perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan turun padang bagi menjalani sebarang aktiviti.

Thailand akan berdepan Indonesia (8 Oktober), UAE (12 November) dan Malaysia (17 November) pada baki perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand di sini:

Chanathip Percaya Akira Nishino Mampu Bawa Thailand Rampas Takhta “Raja” Asia Tenggara

Chanathip Sasar Beraksi Di Eropah, Mahu Buka “Jalan” Untuk Pemain Muda Thailand

Persiapan Thailand Terjejas, Sukar Cari Lawan Bagi Perlawanan Persahabatan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group