Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah menganjurkan satu seminar berkaitan dengan penyelenggaraan padang bola sepak kepada semua ahli gabungan kelab bagi meningkatkan lagi ilmu menguruskan padang justeru menyumbang kepada permainan yang lebih baik.

Seminar yang diketuai oleh Presiden FAT, diiringi oleh Penasihat & Pengarah Perlesenan Kelab, Head of Sports Turf & Grounds Leceister City FC, Pakar penyelenggaraan stadium Kashima Antlers, Ketua Eksekutif Asian Turf Grass Center, danĀ  wakil dari kelab dalam saingan Thai League divisyen 1 hingga divisyen 4.

Presiden FAT, Maj. Gen. Dr. Somyot Poompanmuang menjelaskan bahawa antara perkara paling utama dalam sesebuah perlawanan bola sepak adalah padang (selain lampu limpah).

sys-72b06adeac898a2584d86c5c5da2f667

“Jika kita tidak mempunyai padang yang bagus, tiada siapa mahu lawan kita. Pemain anda tidak mahu bermain kerana risau akan mengalami kecederaan.”

Beliau turut menyatakan selepas menerima tanggungjawab sebagai presiden FAT, banyak aduan telah diterima dari kelab-kelab divisyen bawah dimana pemain terpaksa berjalan kesana-sini diatas padang mengutip batu sebelum perlawanan.

“Oleh demikian, saya mahu semua yang hadir meluangkan masa untuk ilmu yang cukup bernilai ini. Bawa pulang sesuatu yang baru pada hari ini terutama ilmu dalam teknologi baru yang berguna kepada kelab masing-masing.”

36200258_1924845597555075_4202048779517427712_n
MITR Phol Stadium

Walairat Phanchang, ketua penyelenggaraan padang SCG Stadium bagi kelab Muangthong United FC pula menyatakan kepentingan untuk semua kelab mempunyai ilmu pengetahuan yang sama berkenaan padang yang akan menyumbang kepada pembangunan bola sepak Thailand.

“Seminar ini diadakan untuk meningkatkan kualiti padang bola sepak didalam stadium dan juga padang latihan. Disebabkan padang di Thailand mempunyai perbezaan kualiti yang besar – sesetengah kelab mempunyai permukaan yang bagus tetapi ada banyak juga kelab yang perlu diperbaiki. Oleh itu, pengurusan padang bagi setiap kelab perlu lebih faham dengan mendalam untuk bergerak ke tahap lebih tinggi.”

52553575_2349439055080859_8825307999640748032_o
SCG Stadium

“Paling penting adalah kepada mereka yang ditugaskan untuk menyelenggarakan padang untuk menepati keperluan saingan bola sepak Thai League, dan hari ini semua akan belajar bagaimana cara yang betul.”

“Sebenarnya penjagaan padang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi perlu memiliki pengetahuan untuk menyelesaikan masalah bagi memastikan padang dalam keadaan terbaik dan konsisten.”

Thai League dengan bantuan dari FAT menerima pelbagai sokongan dari segala segi untuk perkembangan bola sepak yang lebih maju.

Mereka juga menghubungkan kelab dengan pakar dari dalam dan luar negara mengikut kepakaran masing-masing untuk kebaikan semua pihak. Ini semua sebenarnya akan memberikan satu impak yang padu kepada skuad kebangsaan mereka bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber