Sebuah pasukan bola sepak yang kini beraksi dalam saingan liga divisyen 5 dalam hierarki bola sepak Jepun memiliki fasiliti yang mungkin tidak keterlaluan dikatakan jauh lebih baik dan berkualiti dari majoriti pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia.

Iwaki FC, sebuah kelab yang berpangkalan bandar Iwaki dalam wilayah Fukushima hanya ditubuhkan pada tahun 2012 dan paling menarik adalah apabila Iwaki FC juga turut menerima sokongan padu dari jenama antarabangsa Under Armour untuk sama-sama membangunkan kelab.

Fasiliti Bertaraf Antarabangsa Kelab Divisyen 5 Jepun

Kelab ini bukan sahaja memberikan fokus kepada pasukan utama dan juga akademi yang mereka miliki tetapi turut mementingkan fasiliti yang ada di club house mereka yang mana jika diperhatikan memang bertaraf antarabangsa dalam skala yang kecil.

modal_img02

Bilik persalinan pemain Iwaki FC, sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen 5 hierarki bola sepak Jepun.

Dengan memiliki fasiliti seperti ini mereka mampu menjana pendapatan dari hasil sewaan fasiliti yang mungkin digunakan oleh pelbagai pihak yang memerlukan untuk aktiviti mereka.

modal_img03

‘Boot room’ pemain-pemain Iwaki FC yang disediakan oleh pihak kelab.

Kelab ini juga memiliki Recovery Station sendiri serta klinik untuk kemudahan pemain-pemain serta staf jika mengalami kecederaan atau masalah kesihatan.

f_img

Gambar pintu masuk ke Iwaki FC Recovery Station dan klinik.

190319_clinic027_1

Beginilah keadaan Recovery Station Iwaki FC untuk kegunaan semua warga kelab.

Untuk memastikan tahap keergasan pemain Iwaki FC sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, pihak kelab juga turut menyediakan kemudahan gym.

Terletak di tingkat dua bangunan, orang awam juga turut berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang sama mengikut caj yang telah ditetapkan.

Iwaki FC Gym

Kemudahan gym untuk kegunaan para pemain Iwaki FC serta boleh digunakan juga oleh orang awam mengikut caj yang ditetapkan.

Bersebelahan dengan gym itu juga menempatkan sebuah bilik yang digunakan sebagai kelas bahasa oleh FreeCom yang juga merupakan Official Partner kepada kelab Iwaki FC untuk beroperasi membantu para pemain dan juga komuniti masyarakat setempat.

freeschool

Pintu masuk ke kawasan kelas bahasa FreeCom yang merupakan Official Partner kepada kelab Iwaki FC.

Manakala di tingkat 3 bangunan club house Iwaki FC pula menempatkan ruang makan dan mempunyai 4 buah restoran, kafe serta bar yang beroperasi bukan sahaja kepada pemain dan staf malahan terbuka kepada semua orang awam.

bar

Pizzeria e Craft Beer CRAFTSMAN

Capture

Red & Blue Cafe

Setiap kafe dan restoran turut mempunyai teres yang mengadap padang yang pastinya menjadi idaman setiap penyokong untuk menyaksikan perlawanan atau latihan dengan pemandangan seperti ini.

2

2 bilik VIP juga disediakan untuk tetamu khas atau sewaan untuk pelbagai aktiviti mengikut caj yang tgelah ditetapkan. Setiap bilik VIP ini juga turut mempunyai ruang teres tersendiri dengan pemandangan padang yang pastinya membuatkan kita merasa layanan kelas VIP sesuai dengan fasiliti yang disediakan.

VIP2

Hamadori VIP Room

VIP3

Gas One VIP Room

Beginilah gambaran yang dapat kami sediakan untuk tatapan kita peminat bola Malaysia supaya lebih terbuka dan berusaha untuk mewujudkan persekitaran seperti ini untuk menjadikan industri bola sepak khususnya kelangsungan kelab-kelab bola sepak di Malaysia lebih terbela.

VIP1

Teres untuk setiap VIP Room

Mungkin sudah ada beberapa pasukan yang memiliki fasiliti seperti ini tetapi cuba kita berfikir, bagaimana visi dan misi sebuah kelab yang baru sahaja ditubuhkan 7 tahun lalu mampu memiliki fasiliti seperti ini berbanding kita yang sudah berpuluh tahun menerima puluhan juta ringgit tetapi masih tidak mempunyai keperluan asas sebagai sebuah pasukan bola sepak yang dikatakan profesional.

Artikel lain mengenai kelab bola sepak Jepun yang menarik untuk dibaca.

Budak Tingkatan 2 Ini Lulus Lesen Tahap 3 Hierarki Pengadil Bola Sepak Jepun

Kelab Liga Divisyen 3 Jepun Ini Catat Keuntungan RM423,211.90 Pada Tahun 2018

Lelaki Ini Berkongsi Bagaimana ‘Setup’ Pembangunan Bola Sepak Elit Remaja Jepun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group