Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi dengan pasukan pembangunan, Selangor II dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Selangor II bakal dibimbing oleh bekas ketua jurulatih MBPJ FC, Michael Fecteinbeiner dan akan menjadi supplier bagi pasukan utama dari segi pemain muda.

Dalam barisan tersebut, beberapa pemain yang beraksi bersama skuad B-19 tahun negara seperti Mukhairi Ajmal, Firdaus Imran, Harith Haiqal dan Azrin Afiq disenaraikan selain pemain pertahanan daripada skuad Piala Presiden musim lalu, Shahrul Nazeem.

Anda boleh lihat senarai penuh pemain Selangor II bagi saingan musim 2020 di sini.

Selain itu, Selangor II bakal diperkuatkan seorang pemain import iaitu Bajram Nebihi yang bakal mengisi jentera tengah pasukan.

Selangor II akan membuka tirai saingan Liga Perdana dengan menghadapi pasukan Terengganu II di Stadium UiTM, Shah Alam.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Pusingan Kedua Piala FA: Selangor Berdepan Sarawak United, Amri Yahyah Bakal Jadi “Game Changer”

Bajram Nebihi Perkuatkan Selangor II, Bakal Jadi Pengganti Sementara Kepada Rufino Segovia

Pemain Kacukan, Armin Maier Jalani Ujian Bersama Selangor II