Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menegaskan mereka tidak menggunakan ‘jalan belakang’ untuk mendapatkan 28 pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya tidak mempengaruhi mana-mana pihak terutamanya ibu bapa bagi mendapatkan pemain muda daripada akademi tersebut.

FAS
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Apa yang kami buat ini adalah apa yang kami rasakan terbaik buat pasukan Selangor dan paling penting, pemain muda-muda ini.

“Kami mempunyai perancangan buat mengetengahkan pembangunan mereka. Sebab itulah kami menaik taraf infrastruktur dan kemudahan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Tindakan FAS memborong pemain AMD mendapat reaksi berbeza daripada peminat serta pemilik beberapa pasukan Liga Malaysia dimana ramai pihak berpendapat kebanyakan pemain muda yang diambil tidak mendapat minit bermain yang cukup.

Mukhairi Ajmal
Mukhairi Ajmal memakai jersi Nombor 7
FOTO: NFDP

Menurut Dr Johan, akademi mana-mana pasukan sekalipun tidak dapat menjamin sama ada pemain muda tersebut dapat beraksi atau sebaliknya.

“Mereka masih berusia 18 tahun dan boleh (diserapkan dalam) skuad Piala Belia, malah mereka juga (setahun lebih muda) dalam Piala Presiden.

“Kalau pemain AMD memang berbakat, maka mereka boleh merebut slot dalam kesebelasan skuad B-23.

“Tetapi secara realistiknya, di akademi mana-mana sekalipun, tiada jaminan bahawa semua pelatih akan dapat bermain,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Mukhairi Ajmal Sah Sertai Pasukan Selangor

Selangor II Bakal Gunakan Khidmat Pemain Import

Satiananthan Nafi Selangor Cuba ‘Sailang’ Khidmat Mohamadou Sumareh Daripada Pahang