Pasukan Selangor mendapat suntikan awal menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila kerajaan negeri memberi peruntukan awal sebanyak RM10 Juta bagi meningkatkan kualiti pasukan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata peruntukan yang diberikan menjadi tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap kepimpinan DYTM Raja Muda Selangor sebagai Presiden FAS dalam misi mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Nasib
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Menjelang tahun 2020, penstrukturan semula pasukan bola sepak PKNS dan Selangor FA akan dilaksanakan untuk memperkuatkan pasukan Merah Kuning.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukan RM10 juta sebagai dana permulaan untuk pasukan Selangor bagi tahun 2020,” katanya ketika membentang Belanjawan #Selangor2020 di Dewan Negeri Selangor semalam.

Khyril Muhymeen
Sumber Gambar: FA Selangor

Selangor dicanang sebagai salah satu pasukan yang bakal memberikan saingan sengit musim hadapan setelah menampilkan prestasi yang memberangsangkan musim ini dengan barisan pemain yang dianggap ‘biasa’.

Selangor menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga manakala dalam saingan Piala FA pula mereka terkandas di pusingan ketiga.

Baru-baru ini, skuad Merah Kuning tersingkir di peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia 2019.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Apa Kabar Elie Aiboy? Eks Winger Lincah Selangor FA Asal Indonesia

B.Satianathan Kekal Kendalikan Selangor Musim Hadapan