Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyatakan kesediaan mereka untuk membantu pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mencari penaja bagi mendapatkan dana tambahan bagi saingan musim 2020.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata kebanyakan persatuan serta pasukan dalam saingan Liga Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap hak penyiaran bagi menampung perbelanjaan pasukan.

Dr Johan berharap MFL terus memberikan komitmen terbaik mereka dengan mencari lebih banyak penaja musim hadapan bagi membantu pasukan.

FAS

Dr Johan Kamal Hamidon

“Hak penyiaran sesuatu yang sangat berharga buat pasukan dan kami sedia membantu MFL jika diperlukan khususnya untuk tujuan ini (mencari penaja).

“Buat masa sekarang, tiada sebarang keputusan rasmi sama ada geran dan agihan hak penyiaran akan dipotong atau sebaliknya kerana semua bergantung kepada penajaan yang diperoleh MFL.

“Dalam isu ini semua pihak perlu bersikap positif kerana apa sahaja boleh berlaku. Kalau MFL dapat penajaan lebih, mungkin nilai akan bertambah,” katanya menurut laporan Utusan.

FAS

Sebelum ini, MFL memberi ­bayangan untuk mengurangkan pemberian agihan hak penyia­ran kepada semua pasukan yang bertanding berdasarkan kepada nilai penajaan yang diterima badan itu.

MFL berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran kepada semua 23 pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim ini apabila hanya membayar separuh daripada jumlah dijanjikan musim ini.

Baca artikel lain mengenai geran tahunan dan hak penyiaran Liga Malaysia di sini:

Sukar Dapat Penaja, Geran Tahunan Pasukan Liga Malaysia Mungkin Dikurangkan

MFL Dan EVC Akan Umumkan Pakej Hak Penyiaran Dalam Masa Terdekat

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group