Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil langkah untuk menstruktur semula gaji pemain dan pegawai pasukan bagi memastikan operasi pasukan dapat dijalankan ketika saingan liga ditangguhkan kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

FAS dikhabarkan kehilangan sebanyak RM2.9 juta yang membabitkan hasil jualan tiket serta pembayaran wang penajaan dan perkara ini memaksa mereka untuk menstruktur semula gaji pemain dan pegawai pasukan.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya telah mengadakan beberapa perjumpaan bagi membuat penerangan mengenai kedudukan kewangan pasukan.

FAS
Dr Johan Kamal Hamidon. Sumber Gambar: MFL

“Kita membuat penelitian dan kajian cukup terperinci sebelum memutuskan pemotongan gaji itu. Disebabkan ketiadaan jualan tiket serta paling utama, permintaan beberapa penaja yang meminta penangguhan pembayaran memberi kesan langsung kepada kewangan pasukan.

“Memang ada yang tak setuju tapi ia hanya 40 peratus saja dengan selebihnya termasuk kakitangan setuju dengan pemotongan itu.

FAS
Sean Selvaraj, salah seorang penyerang Selangor. Sumber Gambar: FA Selangor

“Tapi kita dah maklumkan kepada pemain bahawa sekiranya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tamat dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) membenarkan jualan tiket dan terdapat penaja korporat yang dapat meneruskan komitmen, kita akan bagi balik dana yang dikumpulkan kepada pemain,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Setakat ini, empat pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching FA, UKM FC dan Felda United telah mencapai persetujuan dengan pemain dan pegawai pasukan untuk membuat pemotongan gaji.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

FAM Gesa Pengadil Buat Aduan Rasmi Jika Elaun Belum Diselesaikan

Kerajaan Tidak Benarkan Pertandingan Bola Sepak Berlangsung, Liga Malaysia 2020 Dibatalkan?

Lee Tuck Minta Ejen Tambah Lagi Potongan Gajinya Untuk Bantu Kewangan Terengganu FC