Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah melantik Michael Feichtenbeiner sebagai Pengarah Teknikal pasukan bermula saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Selain memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal, Feichtenbeiner turut diberi tugas sebagai ketua jurulatih pasukan pembangunan iaitu Selangor II yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, beliau berkata keputusan tersebut bagi memastikan jurulatih pasukan Selangor di semua peringkat dapat mengikuti perancangan Feichtenbeiner.

FAS
Sumber Gambar: Selangor Kini

“Kami mengambil serius dengan mandat Pengarah Teknikal yang diberikan dan bukan kerana mahu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MFL. Pengarah Teknikal mempunyai tugas yang besar iaitu membangunkan DNA pasukan Selangor.

“Kenapa kami letakkan beliau sebagai jurulatih Selangor II kerana kami mahu beliau sendiri menunjukkan kepada jurulatih apa yang akan dilakukan.

“Kalau setakat Pengarah Teknikal yang hanya menunjukkan slide, itu satu tugas yang mudah. Kami mahu Feichtenbeiner mengajar sekaligus menunjukkan kepada jurulatih yang lain secara langsung.

FAS
Michael Feichtenbeiner

“Kami di FAS mahu proses belajar serta menurunkan ilmu yang dimiliki Feichtenbeiner kepada jurulatih berjalan dengan lancar,” kata Dr Johan ketika ditemui pada Hari Bolasepak Selangor di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Michael Feichtenbeiner dikhabarkan telah tiba pada semalam dan beliau bakal menentukan barisan jurulatih serta pemain yang bakal beraksi bersama pasukannya utama, Selangor II serta pasukan Piala Presiden.

Pada masa yang sama, Dr Johan telah menyatakan bahawa sasaran yang diletakkan oleh FAS untuk pasukan Selangor pada musim hadapan ialah cuba untuk memenangi slot yang akan membawa pasukan beraksi di peringkat Asia pada musim 2021.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

B.Satianathan Puas Hati Dengan Pemain Baharu Selangor

Michael Feichtenbeiner Isi Jawatan Pengarah Teknikal Selangor FA

Safuwan Baharudin Sah Sertai Pasukan Selangor