Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menegaskan mereka dan pengelola Stadium Shah Alam, Darul Ehsan Facility Management (DEFM) sedang bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja bagi mendapatkan kelulusan.

Menurut FAS, mereka telah memaklumkan segala kerja-kerja yang dijalankan kepada pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sekaligus berharap stadium tersebut dapat digunakan pada perlawanan Liga Super menentang Perak 7 Mac ini.

Semalam, MFL mengumumkan Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat bagi perlawanan liga dijalankan.

MFL mendapati Stadium Shah Alam yang didaftar menjadi gelangang tuan rumah bagi pasukan CIMB Liga Super, Selangor pada musim ini tidak berada di tahap menyakinkan bermula pemeriksaan keselamatan pertama pada 10 Januari 2020 disusuli pemeriksaan kedua (21 Februari) dan ketiga (28 Februari).

Oleh itu, MFL menggesa agar Selangor mencari stadium lain bagi dijadikan sebagai alternatif memandangkan Stadium Shah Alam tidak selamat untuk digunakan.

FAS
Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ)

Selain Stadium Shah Alam, Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) turut tidak mendapat kebenaran daripada MFL untuk digunakan bagi sebarang perlawanan Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani menyatakan bahawa, hasil pemeriksaan Stadium MBPJ mendapati keadaan padang tidak berada di tahap terbaik bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Baca artikel lain mengenai isu Stadium Shah Alam di sini:

Stadium Shah Alam Tidak Boleh Digunakan Bagi Saingan Liga Malaysia Musim 2020

Stadium Shah Alam Akan Diperiksa Buat Kali Kedua Dalam Minggu Ini, Kerosakan Bumbung Jadi Fokus Utama

Pegawai Undang-Undang Ini Berkongsi Pandangan Isu Keselamatan Stadium Shah Alam Dari Sudut Perundangan