Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini telah memperkenalkan jersi baharu untuk dipakai oleh skuad kebangsaan dengan kerjasama penaja rasmi iaitu syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike.

Skuad singa sepatutnya memakai jersi tersebut dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Uzbekistan hari ini namun ia terpaksa ditunda susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

Nike menjangkakan Singapura akan tampil dengan jersi baharu pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta saingan Piala Suzuki AFF tahun depan.

Malah, jersi tersebut turut akan dipakai oleh skuad bola sepak wanita Singapura dalam saingan Piala AFF Wanita dan pelbagai kejohanan antarabangsa.

Mengekalkan warna merah sebagai jersi ‘HOME’ dan warna biru sebagai jersi ‘AWAY’, kali ini mereka tampil dengan logo FAS di dada kiri berbanding bendera Singapura seperti jersi sebelumnya.

Menurut kenyataan FAS, konsep jersi itu menggabungkan tradisi lama dengan masa depan. Corak yang terdapat pada bahagian depan jersi warna merah melambangkan bendera Singapura manakala kit jersi biru mencerminkan visi negara itu sebagai sebuah negara yang berpandang ke hadapan.

EmmBiNkVkAEA7ed
Pemain Terengganu FC, Faris Ramli menggayakan kit jersi biru. FOTO: FAS

Bekas pemain JDT, Baihakki Khaizan yang mempunyai 137 penampilan bersama skuad kebangsaan Singapura menyifatkan jersi baharu kali ini menepati citarasanya dan mampu memberi semangat kepada rakan sepasukan.

“Satu penghormatan dapat memakai jersi pasukan kebangsaan mewakili Singapura sebagai sebuah pasukan dan saya suka dengan reka bentuknya yang menonjolkan semangat serta matlamat pasukan untuk mencapai kejayaan di tahap yang lebih tinggi.

“Walaupun  kecewa kami tidak dapat meneruskan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 tahun ini, saya menantikan hari di mana kita dapat kembali ke padang dengan kit baru ini berjuang untuk Singapura dan semua peminat,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Jawatankuasa Pertandingan AFC Luluskan Tarikh Baru Kelayakan 2 Piala Dunia 2022, Semua Perlawanan Tamat Pada 15 Jun 2021

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan

Chanathip Songkrasin Kembali Alami Kecederaan