Ketua pasukan Malaysia, Farizal Marlias ketika ditemui pihak media selepas perlawanan menyatakan beliau kecewa dengan keputusan perlawanan tetapi tetap memuji persembahan rakan sepasukannya.

“Saya sedikit upset dengan keputusan malam ini, sekurang-kurangnya kita mampu untuk membawa pulang 1 mata. Tapi, sedikit kesilapan itu membawa padah.

Walaupun menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan perlawanan, namun kapten pasukan Malaysia itu tetap bangga dan positif dengan persembahan pasukan secara keseluruhan.

“Apa yang positifnya, pemain-pemain telah memberikan yang terbaik dan kita berjaya control pada separuh masa pertama dan kedua. Saya harap momentum ini dapat dikekalkan untuk perlawanan akan datang.

Semasa diajukan soalan mengenai adakah atmosfera stadium semalam berjaya memberikan sesuatu kepada pemain diatas padang, Farizal Marlias menjawab dengan tenang;

“Tak sangka, walaupun hari ini hari bekerja tapi ramai orang datang. Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir memberikan sokongan tak putus-putus kepada kami.

“Pemain-pemain telah memberikan yang terbaik, tapi inilah bola sepak. Saya berharap pemain-pemain tidak patah semangat untuk berjuang kerana kita masih ada peluang. Begitu juga penyokong diharap dapat memberikan sokongan.

Untuk perlawanan seterusnya Malaysia akan bertemu Vietnam pada 10 Oktober nanti di Hanoi.

Baca artikel menarik lain berkaitan pasukan Malaysia dibawah.

Gol Safee Sali Kekal Sebagai Gol Terpantas Skuad Kebangsaan Malaysia

Syafiq Ahmad: Fasiliti JDT Bantu Kembali Dari Kecederaan, Beri Sumbangan Berharga Untuk Pasukan Kebangsaan

Bekas CEO NFDP Kongsi Pandangan Mengenai Penjaga Gol Yang Ideal