Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penjaga gol kelab Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias dilantik sebagai ketua pasukan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Nepal dan juga aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan pertama menentang Timor Leste pada bulan hadapan.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu semalam.

Farizal dilantik sebagai ketua pasukan manakala pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad dilantik sebagai penolong ketua pasukan setelah nama kedua-dua pemain dicadangkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe.

Ketua pasukan sebelumnya, Zaquan Adha Abdul Razak tidak tersenarai dalam skuad yang akan menghadapi Nepal dan Timor Leste. Cheng Hoe memilih untuk memanggil Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri untuk mengisi posisi penyerang utama pasukan.

Pemilihan Farizal sebagai ketua pasukan dilihat tepat kerana pemain ini mempunyai pengalaman yang luas beraksi bersama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Farizal Marlias
Sumber Gambar: Goal.com

Untuk aksi menentang Timor Leste, FAM melancarkan promosi iaitu ‘Beli 1 Percuma 1’ bagi kedua-dua perlawanan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata promosi tersebut sebagai hadiah daripada FAM kepada peminat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.