Menjelang pertembungan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam ini, ketua pasukan skuad kebangsaan, Farizal Marlias mahu rakan sepasukan untuk lebih bijak dalam menyerap tekanan khususnya daripada puluhan ribu penyokong tuan rumah yang bakal membanjiri stadium.

Meskipun bakal berhadapan dengan pelbagai sorakan daripada puluhan ribu penyokong Indonesia, namun penjaga gol Johor Darul Ta’zim itu optimis pasukan dapat menghadapi cabaran yang ada dan beliau menganggap lambakan peminat tuan rumah tiada bezanya dengan penyokong di Malaysia.

Farizal
Farizal Marlias. Sumber Gambar: mStar

Bagi saya sebagaimana persediaan pemain-pemain untuk menghadapi aksi ini, saya percaya pemain-pemain juga dah biasa dengan suasana di mana di Liga Malaysia juga mempunyai penyokong yang ramai setiap kelab dan saya rasa itu bukan isu besar.

Saya harap pemain dapat bersedia dari segi mental dan fizikal malam esok (malam ini) dan dapat menyerap tekanan yang akan dihadapi nanti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambah Farizal, beliau yakin jika rakan sepasukan menampilkan persembahan terbaik, Malaysia mampu untuk memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan keputusan positif.

Farizal
Sumber Gambar: FAM

Saya yakin, jika kita beri fokus sepenuhnya dalam perlawanan esok, tiada apa yang mustahil untuk meraih keputusan positif dan sebagai permulaan baik untuk kempen ini,” tambahnya.

Selepas berdepan Indonesia, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan menerima kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September ini.

Baca mengenai pasukan kebangsaan menjelang perlawanan menentang Indonesia dan UAE di sini:

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu UAE Sudah Mula Dijual Secara Online Hari Ini

Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Indonesia Dan Malaysia