Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman, Farhan Roslan sah menyertai pasukan Perak secara pinjaman bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perak menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Farhan menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh ketua jurulatih baharu, Chong Yee Fatt.

Farhan merupakan salah seorang pemain senior dalam skuad Kedah meskipun beliau baru menginjak usia 24 tahun dimana telah beraksi bersama pasukan itu sejak 2014.

Namun, pemain yang pernah diberi gelaran Messi Kedah ini belum menunjukkan kemampuan sebenar beliau bersama Kedah kerana masalah kecederaan yang dihadapi.

Musim lalu, Farhan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan namun saingan liga yang dihentikan kemudiannya dipendekkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara terus menutup peluang yang dimilikinya.

Farhan Roslan
Sumber Gambar: MUSA

Farhan Roslan merupakan pemain Kedah kedua yang menyertai Perak dimana sebelum ini penjaga gol muda, Azri Abdul Ghani terlebih dahulu menandatangani kontrak bersama pemenang Piala Malaysia 2018 itu.

Kehadiran Farhan turut dilihat sebagai pengganti kepada Shahrel Fikri yang berhijrah dengan menyertai Selangor musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Norshahrul Idlan Talaha Sasar Kejuaraan Liga Perdana Bersama Sarawak United

Yee Fatt Optimis Shakir Hamzah Mampu Beri Sumbangan Berkesan

Kejayaan Dan Cipta Sejarah Jadi Motivasi, TMJ Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Valencia?