Legenda pasukan kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad menandatangani kontrak lanjutan bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan bakal menjawat jawatan sebagai ketua program pembangunan pemain elit negara tersebut.

Fandi ketika ini sedang menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad B-22 tahun Singapura yang bakal mengambil bahagian dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina dan bakal membuka tirai menentang pasukan Laos pada Selasa ini.

Kontrak Fandi sebagai jurulatih skuad B-22 tahun akan tamat pada 31 Disember ini. FAS tidak menyatakan tempoh bagi kontrak baharu yang ditandatangani namun bekas pengendali Lions XII yang pernah menjuarai Liga Super pada 2013 itu menandatangani kontrak selama dua tahun.

Fandi akan bekerjasama bersama Pengarah Teknikal, Joseph Palatsides untuk merangka perjalanan serta struktur baharu bagi pemain muda yang nantinya akan diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan. Selain itu, Fandi juga diberikan tugas bagi membantu Tatsuma Yoshida dalam mengenalikan pasukan senior.

Setelah menandatangani kontrak lanjutan, Fandi menyatakan beliau positif dengan pembangunan pemain muda Singapura dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Joseph Palatsides bagi melahirkan pemain terbaik.

Fandi Ahmad

Sumber Gambar: NSTP

“Saya melihat pemain muda mempunyai potensi namun tidak ramai pemain yang mendapat peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Kita perlu membina asas yang kukuh untuk pembangunan pemain muda kita agar dapat melahirkan pemain terbaik pada masa akan datang.

“Saya percaya dengan struktur serta latihan yang tersusun, kita dapat melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti sekaligus membantu pasukan kebangsaan,” kata Fandi Ahmad.

Pembantu Tatsuma, Nazri Nasir akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad B-22 tahun setelah tamat temasya Sukan SEA 2019.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Singapura di sini:

Fandi Ahmad Tidak Gentar Singapura Berada Dalam Kumpulan Maut

Singapura Umum Senarai Akhir 20 Pemain Ke Sukan SEA 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group