Legenda Singapura, Fandi Ahmad menganggap Malaysia bertuah kerana memiliki bakat muda yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain ternama seperti penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim dan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Dalam satu temu bual ketika undian peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung semalam, Fandi menyatakan Malaysia mempunyai pemain muda yang berpotensi dan bakat muda yang dimiliki perlu diberikan perhatian dengan baik.

Fandi Ahmad
Sumber Gambar: KV Kortrijk

“Malaysia mempunyai beberapa pemain muda yang sangat bagus termasuklah Luqman Hakim dan Arif Aiman. Selain itu, saya rasa Indonesia turut mempunyai pemain hebat seperti Egy (Maulana Vikry),” kata Fandi.

Luqman dan Arif sememangnya menjadi sandaran pasukan negara untuk membawa cabaran Malaysia pada masa akan datang dan kedua-dua pemain pernah beraksi bersama skuad senior pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Malaysia diundi bersama juara bertahan, Vietnam dalam kumpulan B selain naib juara Piala AFF sebanyak 5 kali iaitu Indonesia serta pasukan di ranking178 dan 186 dunia iaitu Kemboja dan Laos.

Kumpulan A menyaksikan juara Piala AFF 5 kali, Thailand diundi bersama Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang peringkat kelayakan sama ada Timor Leste atau Brunei.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Piala Suzuki AFF: Tan Cheng Hoe Mahu Pemain Fokus Dalam Setiap Perlawanan

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi

Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Muka Baharu Hadapi Piala AFF Suzuki 2020