Ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel dilaporkan telah melepaskan jawatannya atas persetujuan bersama pihak pengurusan.

Sepanjang dibawah kendalian jurulatih dari Perancis itu, Tok Gajah gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan apabila hanya mencatat 2 kemenangan dalam 11 perlawanan Liga Super.

Walaupun sudah melakukan perubahan dari segi pertukaran pemain import pada jendela perpindahan kedua, Sri Pahang masih lagi kempunan mengutip sebarang mata apabila tewas dalam 3 perlawanan berturut-turut menentang Sabah (1-2), Negeri Sembilan (0-3) dan Terengganu (1-2).

Maka, timbul khabar angin di laman sosial mengenai kehadiran jurulatih baharu bagi menggantikan tempat Gamel. Difahamkan, Dollah Salleh selaku pengurus pasukan akan mengambil alih tugas melatih Sri Pahang buat sementara waktu sebelum ketibaan jurulatih baharu.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Gamel ialah dua jurulatih dari Singapura iaitu Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy.

Kedua-duanya merupakan bekas pemain Pahang pada tahun 1991 hingga 1992 dan turut mempunyai pengalaman melatih pasukan Liga Malaysia seperti JDT dan Negeri Sembilan.

Namun menurut laporan wartawan tempatan, pengurusan Sri Pahang dikatakan sedang berbincang dengan Fandi Ahmad untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Jurulatih.

30 Jun lalu, Fandi telah letak jawatan sebagai Ketua Pembangunan Belia Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai pemergian beliau ke pasukan Sri Pahang.

Malah, beliau berpeluang bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya yang kebetulan berada dalam barisan kejurulatihan Sri Pahang iaitu Dollah Salleh dan Ahmad Yusof.

Selepas selesai tugasannya bersama JDT, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan LionsXII, yang dianggotai kebanyakan pemain kebangsaan Singapura yang beraksi dalam Liga Malaysia pada musim 2014.

Beliau kemudian memimpin pasukan itu menjuarai Piala FA pada musim selanjutnya. Selepas LionsXII dibubarkan, Fandi kekal di FAS sebagai Kakitangan Jurulatih sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Jurulatih (Belia) pada 2016.

Beliau kemudiannya mengambil alih pasukan Singa Muda pada awal 2018. Pada Mei tahun itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jurulatih Sementara pasukan nasional lelaki, termasuk membimbing mereka dalam kejohanan Piala AFF Suzuki.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengumuman rasmi daripada laman sosial Sri Pahang mengenai status Christophe Gamel atau mengenai kehadiran jurulatih baharu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Tiket Perlawanan Sabah Menentang JDT Sudah Habis Dijual

MFL Terpaksa Rombak Jadual Perlawanan Liga Malaysia

Ifedayo ‘Tibai’ Selangor 2-0 Selepas Pulih Daripada Kecederaan Hamstring

Aksi Faisal Halim ‘Menganjing’ Penjaga Gol Sri Pahang Curi Tumpuan

MFL Kaji Cadangan Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang