Tarikh akhir 30 September 2020 semakin dekat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap semua pasukan Liga Super dan Liga Premier telah melengkapkan proses pemisahan status persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) sepenuhnya.

Setakat ini hanya 6 pasukan sudah melengkapkan proses penswastaan iaitu Perlis FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak FA, PJ City, ATM FA dan Negeri Sembilan FA. Manakala beberapa pasukan lain sudah berada di tahap 80% dan baki 20% dijangka akan selesai bulan depan.

Langkah untuk melakukan proses tersebut telah pun diarahkan oleh FAM kepada kelab-kelab yang bertanding pada Februari 2020, tetapi ia dilihat agak sedikit perlahan dan terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang menyaksikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020.

Namun, agak membimbangkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed mendedahkan pasukan gergasi tempatan seperti Pahang masih belum memulakan proses penswastaan.

“Kami tahu bahawa Pahang FA optimis terhadap pertukaran itu kerana mereka komited untuk melakukannya.

“Setahu saya, mereka sedang berusaha untuk melakukan proses penswastaan. Oleh itu, saya yakin mereka akan menyelesaikannya kerana sia-sia sahaja jika mereka tidak melakukannya selepas melihat kepada sejarah bola sepak Pahang,” kata Firdaus dipetik dalam New Straits Times.

Pahang
Sumber Gambar: Pahang FA

Terdapat khabar angin dalam kalangan media tempatan yang menyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), YAM Tengku Abdul Rahman kemungkinan akan letak jawatan untuk memberi laluan kepada muka baharu yang lebih layak.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Pahang FA dan pengurusan skuad Tok Gajah dijangka berwajah baharu pada musim depan.

FAM sebelum ini menegaskan pasukan yang gagal melakukan pemisahan FA ke FC tidak dibenarkan menyertai Liga Super atau Liga Premier musim depan sebaliknya akan diturunkan ke Liga Amatur iaitu Liga M3.

Namun, Firdaus turut menjelaskan kelonggaran akan diberikan kepada pasukan yang mempunyai baki 10% lagi untuk menyelesaikan proses penswastaan kelab.

“Sekiranya mereka hanya tinggal 10% lagi untuk menyelesaikan proses itu, mereka mungkin akan diberikan kelonggaran. Tetapi kalau proses itu baru berada pada tahap 10% atau 20% (tinggal baki 80%), FAM tidak akan beri mereka ruang lagi,” tegasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Lihat Rekaan “Official Fanshop” Kelab Kemboja, Siem Reap United Yang Persis Seperti Pasukan Eropah

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana

Phan Van Duc: Malaysia Dan Indonesia Tidak Setanding Vietnam