Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa tiket bagi perlawanan ketiga Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Vietnam lwn Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis, 10 Oktober 2019 boleh dibeli oleh penyokong Malaysia menerusi pihak FAM bermula hari ini 27 September 2019 sehingga Rabu, 2 Oktober 2019.

Harga tiket yang telah ditetapkan bagi perlawanan di Hanoi itu adalah RM40 dan sebanyak 1,500 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong pasukan pelawat Malaysia.

Penyokong Malaysia yang berminat untuk membeli tiket perlawanan berkenaan yang bermula pada jam 8.00 malam (waktu Vietnam) perlu mengikut langkah-langkah pembelian seperti berikut:

  1. Pilih bilangan tiket yang ingin dibeli dan jumlah pembayaran penuh perlu dikreditkan terus ke akaun Bank Islam – FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121. Simpan slip pembayaran.
  2. Sila e-mel butiran peribadi anda iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Jumlah Tiket dan lampirkan bersama Slip Pembayaran Bank ke e-mel [email protected].
  3. Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.
  4. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Hanoi dari Rabu, 9 Oktober 2019 hingga Khamis, 10 Oktober 2019. Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.
  5. Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM. Jika pembelian dibuat oleh penyokong Vietnam dan/atau ditebus oleh penyokong Vietnam, pihak FAM berhak untuk tidak menyerahkan tiket berkenaan.

Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Rabu, 2 Oktober 2019 tidak akan diproses.

Artikel lain berkaitan dengan pasukan Malaysia adalah seperti dibawah.

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Vietnam Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan

Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online