Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 23 pemain muda yang dipilih membawa cabaran negara untuk menghadapi pusingan Kelayakan AFC B-19 2020 yang akan berlangsung di Kemboja mulai 31 Oktober hingga 11 November 2019.

Daripada 23 pemain tersebut, 12 daripadanya merupakan pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala selebihnya datang daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia negeri masing-masing.

Seorang pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super bersama kelab PKNP FC iaitu Mukhairi Ajmal turut dipilih menyertai skuad negara.

MAS B18

Skuad kendalian Brad Maloney ini diundi dalam Kumpulan G dan akan membuka kempen menentang tuan rumah, Kemboja pada 2 November 2019 (Sabtu) dan Brunei pada 6 November 2019 (Rabu) pada pukul 7.30 malam (waktu Malaysia).

Kemudian, mereka akan menentang Kepulauan Mariana Utara pada 8 November 2019 (Jumaat) dan Thailand pada 10 November 2019 (Ahad) pada jam 4.30 petang (waktu Malaysia).

Semua perlawanan ini berlangsung di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh. Sepanjang kem latihan pusat selama 3 minggu, mereka banyak berlatih di atas padang rumput tiruan bagi membiasakan diri dengan kelajuan serta lantunan bola.

Minggu lalu, mereka turut dibawa menjalani latihan pusat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan telah menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan UAE B-19 bagi menguji kemampuan pemain berdepan lawan yang lebih kuat dari segi fizikal dan mengamalkan corak permainan pantas.

4 HARI LAGI..Skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney akan memulakan saingan Kumpulan G, Kelayakan Kejuaraan B-19…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, 29 October 2019

Setelah dikecewakan dengan kegagalan skuad Malaysia B-16 dan Malaysia B-23 beraksi di pentas Asia, peminat bola sepak tempatan kini meletak harapan tinggi pada skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18) untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun depan.

Anak buah Brad Maloney itu mempamerkan prestasi yang menyakinkan ketika dalam kejohanan AFF B-18 pada bulan lepas apabila mengejutkan Australia 3-0 dan menewaskan Indonesia 4-3 di separuh akhir.

Imbas kembali prestasi skuad Malaysia B-18 ketika dalam Kejohanan AFF B-18 pada bulan lalu. 

5 Pemain Malaysia Yang Menyinar Dalam Kejohanan AFF B-18 Pilihan Vocket FC

Jaringan Harith Haiqal Bawa Malaysia Mara Ke Final AFF B-18

Dua Jaringan Luqman Hakim Bantu Malaysia Tewaskan Australia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group