Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah untuk tidak memberi ulasan mengenai isu diantara pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha agungnya, Stuart Ramalingam, badan induk bola sepak negara itu mahu menunggu keputusan dari Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengenai isu tersebut.

“FAM mengesahkan menerima surat keputusan daripada PBNP yang mendapati bekas pemain, Mohamadou Sumareh bersalah terhadap empat kesalahan dan mengenakan hukuman gantung dua tahun bagi setiap kesalahan tersebut, daripada sebarang aktiviti bola sepak.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Seperti yang telah ditegaskan oleh FAM sebelum ini, pertikaian di antara PBNP dan Sumareh kini dalam siasatan FIFA dan lantaran itu, FAM perlu menghormati proses perundangan badan induk dunia terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Justeru itu, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, FAM tidak akan memberi sebarang ulasan berhubung perkara ini sehingga FIFA membuat keputusan di peringkat Majlis Penyelesaian Pertikaian (DRC) FIFA,” kata Stuart.

FAM
KUANTAN, 10 Mac — Pemain Pahang Mohamadou Semareh (kiri) cuba melakukan percubaan ketika menentang Sabah pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Kedudukan semasa Pahang 2-0 Sabah.
— fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selasa lalu, PBNP telah mengenakan hukuman kepada bekas pemain pasukan di atas empat kesalahan yang diduga telah dilakukan oleh Sumareh ketika masih bergelar pemain Pahang.

Salah satunya ialah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain dimana beliau telah gagal untuk menghadirkan diri ke sesi latihan bersama pasukan bermula dari 3 Ogos sehingga 28 Ogos 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepak

Piala Malaysia Musim Ini Wajar Diteruskan

FAM Sokong MFL Berhubung Penganjuran Piala Malaysia