Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan tiga pasukan yang mahu menggunakan khidmat pengendali yang tidak mempunyai lesen Pro AFC sebagai ketua jurulatih pasukan pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata pihaknya menolak rayuan yang dikemukakan oleh Sabah (Julius Ating), Kuala Lumpur (Nidzam Adzha Yusoff) dan Pulau Pinang (Manzoor Azwira).

Rayuan
Nidzam Adzha berjaya bawah Kuala Lumpur ke Liga Super musim depan. FOTO: KL Hawks

“Jawatankuasa Pelesenan Kelab atau FIP telah mengambil keputusan untuk menolak kesemua rayuan (untuk menggunakan) jurulatih, penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan, seperti yang terkandung dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM.

“Keputusan jawatankuasa adalah menolak permohonan tiga kelab tersebut. Bukan sekadar itu, polisi dan prinsipnya sudah ada dan di sini, kami tidak boleh berpatah balik daripada peraturan sedia ada,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.

Rayuan
Sumber Gambar: MFL

Sabah dibimbing oleh ketua jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dalam saingan Liga Malaysia musim 2020. Mereka memutuskan untuk kembali meletakkan Julius sebagai ketua jurulatih setelah sabah menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10.

Bagi Pulau Pinang pula, mereka muncul juara Liga Perdana di bawah kendalian Manzoor Azwira manakala Kuala Lumpur menjadi naib juara di bawah bimbingan Nidzam Adzha Yusoff.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

P.Maniam Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Petaling Jaya City FC

Tiada Lagi Kelibat Zaquan Adha Dalam Pasukan Kedah Musim Depan

Hanya 10 Pasukan Sahaja Akan Beraksi Dalam Liga Premier 2021