Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong yang dijadualkan pada 15 Oktober depan di So Kon Po terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan yang belum terjamin.

FAM juga memaklumkan perlawanan Malaysia bertemu Hong Kong akan ditunda ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Oleh itu, Malaysia hanya mempunyai 2 perlawanan pada bulan Oktober iaitu bertemu Sri Lanka bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 5 Oktober sebelum berlepas ke Hanoi untuk berentap dengan pasukan Vietnam pada perlawanan ketiga saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 10 Oktober 2019.

Malaysia
FOTO: FAM

Mengulas mengenai isu tersebut, setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya tidak dapat mencari pengganti pasukan lain untuk mengisi kekosongan jadual pada 15 Oktober berikutan kesuntukan masa.

“Kami ada beri cadangan kepada Hong Kong dan menjemput mereka bermain di Stadium Bukit Jalil, tetapi mereka tidak berminat.

“Untuk mendapatkan pengganti dalam tempoh kalendar antarabangsa ini memang sukar. Hendak langsungkan sebelum perlawanan bertemu Sri Lanka pun tak boleh sebab waktu itu kita terikat dengan jadual Piala Malaysia,” katanya dalam Sinar Harian.

71071634_2401527703277313_7188807026141560832_n

Beliau turut mengakui ia satu kerugian dari segi mata ranking kepada pasukan negara kerana hanya menghadapi dua perlawanan antarabangsa.

“Kalau boleh, FAM memang nak tiga perlawanan antarabangsa, tetapi apakan daya situasi di sana tidak mengizinkan. Kita pun tahu banyak kejohanan di sana selain bola sepak juga telah dibatalkan,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya.

Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Aidil Zafuan Dan Halim Saari Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan

FAM Umumkan Penjualan Tiket Perlawanan Bertemu Vietnam Bermula Hari ini

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia Bertemu Hong Kong Sah Dibatalkan

Sumber